Friday, July 13, 2012

Majlis Jamuan Mesra Rakyat dan Perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia, Kampung Perah

Tarikh: 24 Mei 2012

Gotong royong memasak. Menu: pagi-bihun goreng, makan tengahari-daging rebus cicah air asam, gulai labu,
ulam -ulaman
Kanak-kanak yang menunggu giliran untuk acara sukaneka.13 acara sukaneka keseluruhan  untuk kanak-kanak, remaja, dewasa wanita dan dewasa lelaki
Pertandingan futsal 6 sebelah. 8 pasukan mengambil bahagian.
Tarik tali dewasa
Hadiah pertandingan suara burung merbah jambul dan sukaneka
Agensi yang terlibat dalam pameran: pejabat belia dan sukan serta AADK Hulu Perak.




Antara tetamu yang hadir: Penghulu Jamily bin Ramna (Penghulu Mukim Gerik), Pegawai Trafik mewakili Ketua Polis Daerah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Sdr. Suhasni Hayani (Pengerusi Majlis Belia Daerah), Sdr. Faizal Dahan (Ketua Pemuda Bahagian Gerik )bersama AJK.
Ucapan aluan ketua Kampung, En. Kamaruddin bin Mat Hashim
Ucapan perasmian YB. Dato' Hasbullah Osman, ADUN Temengor merangkap SETPOL TPM
Majlis menandatangani perjanjian penyelenggaraan gelanggang futsal antara pejabat belia daerah dengan Belia Bentara Kampung Perah dengan di saksikan oleh YB. Dato.
Penyerahan perjanjian
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN TERSEBUT.























Monday, June 11, 2012

Dah Boleh Guna



Kemudahan wifi percuma dan gelanggang futsal 1malaysia dah boleh digunakan. Terima kasih kepada kerajaan yang prihatin.





















Penubuhan Tabung Kebajikan bencana Kampung Perah

Tarikh: 10 Jun 2012
Tempat: D.O.R kg. perah
Masa: 3.00 petang


UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN BENCANA KAMPUNG PERAH

FASAL 1- NAMA PERTUBUHAN
   1.1
Pertubuhan ini dinamakan sebagai Pertubuhan Tabung Kebajikan Bencana Kampung Perah dan selepas ini disebut Pertubuhan.
FASAL 2 - ALAMAT DAN TEMPAT MESYUARAT
   2.1
Alamat berdaftar Pertubuhan dan alamat surat menyurat adalah :
Ketua Kampung Perah
33300 Gerik, Perak
FASAL 3 - OBJEKTIF KELAB
           3.1

Membela serta menjaga kepentingan, kebajikan dan memajukan ahli
3.2

Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, saling bekerjasama selain mengeratkan perhubungan muhibbah di
kalangan ahli.
3.3
Memberikan sumbangan segera dan perkhidmatan berteraskan amal kepada para ahli dan masyarakat am.
FASAL 4 - KEAHLIAN
   4.1
Bagi menjadi Ahli kepada Pertubuhan ini, maka kelayakan serta syarat keahlian adalah seperti berikut:

              a.Warganegara Malaysia
              b.Berkahwin/Semua ketua keluarga di Kampung Perah
              c.Penduduk asal Kampung Perah, dan sekarang menetap di daerah Hulu Perak
                (bagi yang tidak tinggal di Kampung Perah)
              d.Hanya ketua keluarga sahaja yang mendaftar sebagai Ahli.
              e. Manfaat/faedah Pertubuhan akan diperolehi oleh semua tanggungan yang berada di bawah Ahli.
4.2
Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar yuran bulanan bermula daripada Januari bagi setiap tahun, tanpa mengira pada bulan berapa keahliannya di luluskan.
4.3

Sekiranya berlaku kematian, waris secara automatik akan di angkat menjadi ahli.
5.1
FASAL 5- YURAN BULANAN
Yuran  bulanan yang hendak dibayar adalah seperti berikut :
Yuran Masuk - TIADA
Yuran Bulanan - RM 1.00
( Yuran Satu (1) tahun - RM12.00 )-Tertakluk kepada pindaan
5.2
Yuran bulanan hendaklah dibayar pada atau sebelum 31 Januari bagi jumlah satu (1) tahun (RM12.00) kepada Bendahari.
5.3
Ahli yang gagal membayar yuran pada akhir bulan Januari akan digugurkan keahliannya.Bayaran yuran yang telah di jelaskan tidak akan dikembalikan dan tidak layak untuk mendapat sebarang faedah daripada Pertubuhan
5.4
Kutipan atau derma ikhlas boleh dijalankan kepada ahli kelab ini untuk sesuatu perkara yang tertentu dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa.
FASAL 6 - MESYUARAT AGUNG
6.1
Pengelolaan Pertubuhan ini tertakluk kepada Mesyuarat Agung Pertubuhan. Sekurangnya satu pertiga daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan ( korum ) untuk mesyuarat.
6.2
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan segera setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :

a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Kelab di dalam tahun yang lalu;
b) Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
c) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk tahun yang akan datang;
d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu termasuk sebarang pindaan kepada undang-undang tubuh Pertubuhan.
6.3
Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan :

a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b) Atas permintaan majoriti secara bertulis tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
FASAL 7 - JAWATANKUASA
7.1
Satu Jawatankuasa hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan seperti berikut :
1.        Pengerusi
2.        Setiausaha
3.        Bendahari
4.        10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
7.2
Ketua Kampung Perah akan menjadi Penaung Pertubuhan
7.3
Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong, dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua (2) tahun sekali.
7.4
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh 4 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
7.5
Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir Mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
7.5
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan calon yang kedua terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk mengisi kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
FASAL 8 - KEWAJIPAN PEGAWAI
8.1
Pengerusi

Hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan setiap mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama Setiausaha dan Bendahari.
8.2
Setiausaha

Hendaklah menjalankan kerja-kerja Kelab mengikut undang-undang Kelab dan beliau hendaklah menjalankan Perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua rekod-rekod, surat-surat serta dokumen-dokumen lainnya kecuali buku kira-kira atau buku kewangan. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catitan-catitan mesyuarat. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.
   8.3
Bendahari

Adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal Kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab tentang kesahihannya. Beliau hendaklah memberikan laporan kewangan kelab dalam setiap Mesyuarat Agung Tahunan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Pertubuhan bersama Pengerusi dan Setiausaha.
   8.4
Ahli Jawatankuasa Biasa

Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.




FASAL 9 - KEWANGAN
9.1
Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan lain yang difikrkan perlu. Walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.
9.2
Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dalam tempoh 3 hari dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
9.3
Segala cek-cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi bersama Bendahari dan Setiausaha, semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
9.4
Tahun Kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 10 - PEMERIKSA KIRA-KIRA
10.1
Dua orang yang bukannya ahli Jawatankuasa Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
10.2
Tugas Pemeriksa-pemeriksa Kira-Kira adalah memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 11 – FAEDAH/MANFAAT KEPADA AHLI
                                 11.1
Ahli yang berdaftar dan Tanggungangnya berhak untuk mendapat faedah/manfaat berikut:

Kategori 1: Harta Benda (Rumah)

BIL
JENIS BENCANA
KADAR KEROSAKAN
JUMLAH FAEDAH/MANFAAT
1.
Kebakaran
Musnah keseluruhan
RM200.00
Separuh atau sebahagian Kecil
RM100.00
2.
Banjir
Musnah keseluruhan
RM200.00
Separuh atau sebahagian Kecil
RM100.00
3.
Ribut/Angin Kencang
Musnah keseluruhan
RM200.00
Separuh atau sebahagian Kecil
RM100.00





11.2





Kategori 2: Tubuh Badan

BIL
JENIS BENCANA/MUSIBAH
JUMLAH FAEDAH/MANFAAT
1.
Keilatan Kekal
RM100.00

2.
Sakit Terlantar
RM100.00

3.
Kemalangan (yang tidak perlu di tahan di wad)
RM30.00

4.
Masuk Wad di Hospital Gerik (lebih 3 hari)
RM50.00

5.
Masuk Wad di hospital di luar daerah Hulu Perak (lebih daripada 3 hari)
RM100.00
6.
Kematian
RM100.00


11.3
Jumlah faedah/manfaat di atas tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada jumlah tabungan. Sebarang perubahan kadar mesti di luluskan dalam Mesyuarat Agong.
    




       
        Setiausaha


          Undang-Undang Tubuh ini berkuatkuasa mulai 1 JUN 2012



Penerangan oleh Pengerusi Pertubuhan Tabung Kebajikan Bencana, Sdr. Mohd Asri Yussof








Untuk muat turun, Perlembagaan Tabung Kebajikan Bencana Kampung Perah, klik di sini  
  
PERLEMBAGAAN TABUNG KEBAJIKAN BENCANA KAMPUNG PERAH                       

Wednesday, May 30, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil UPKK/SRAI SRAR Nurul Hidayah, Kampung Perah

Tarikh: 11 Mei 2012
Perasmian Oleh: Sdr. Baharul Wafi bin Hj. Ismail
mewakili YB. Dato' Hasbullah Osman (ADUN Temengor)


Ucapan perasmian oleh Sdr. Baharul Wafi Hj. Ismail
Ucapan Guru Besar SRAR Nurul Hidayah.








Sambutan Ulang tahun UMNO ke 66 Peringkat Parlimen Gerik

Tarikh: 06 Mei 2012
Tempat: Padang Bandaran Gerik
Kekuatan: 30 orang peserta mewakili Zon Perah





'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...